24 July 2018

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nampak Nombor Telefon

Nak ada link whatsapp sendiri?

Korang mesti selalu perasan kat fb dan ig orang berniaga. Di hujung iklan menjual produk atau servis dorang, mesti ada arahan minta korang klik link yang dorang bagi. Ada kan?

Haaa yang tu adalah arahan lembut untuk korang whatsapp terus ke henfon dorang tanpa perlu save nombor. Senang sangat. Yelah, kadang kita malas nak save nombor peniaga. Nak tanya harga je pun, bukan nak beli sangat kan hehe.

Okay. Untuk korang yang nak buat link macam tu, boleh ikut step kat bawah ni. Nanti boleh guna link tu kat iklan jual produk atau jual diri kikiki

Cara ni lebih selamat dan dapat elak dari di block oleh team fb. Ya, kalau nak berniaga di fb personal, tak boleh terlalu menjual. Kau tempek nombor henfon kat situ lagiii senang dorang nampak.

Jadi, nak selamat dan nampak profesional, guna cara ni.


=================================


LANGKAH 1:
Untuk yang belum daftar, klik 'Daftar Percuma Sekarang'.



LANGKAH 2:
Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, no telefon bimbit, alamat emel, dan password. Kemudian tekan 'Submit'.




LANGKAH 3:
Tekan 'Add Link'.



LANGKAH 4:
Masukkan nama 'sub domain' pilihan anda. Apa saja nama yang ingin digunakan, nama produk, jenama, atau nama peribadi anda. Jika nama pilihan anda telah digunakan oleh orang lain, sistem ini akan meminta anda menukar nama lain.

Masukkan juga nombor telefon bimbit yang anda ingin gunakan untuk menerima whatsapp dari customer.

Kemudian, tekan 'Submit'.




LANGKAH 5:
Nama sub domain pilihan anda akan dipaparkan seperti dalam gambar. Gunakan alamat URL ini untuk iklan produk anda di fesbuk.


Cara ini akan memudahkan customer whatsapp anda tanpa perlu mendapatkan nombor telefon bimbit anda terlebih dulu.


Selamat mencuba! Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan anda yang berbisnes online ya.

No comments:

Post a Comment