27 February 2012

2012 : Cameron Highlands

25 & 26 Februari 2012

Ni kali ke 6 aku ke Cameron, selama ni aku tak catat apa-apa untuk diceritakan dalam blog. Tapi kali ni aku rasa nak ceritakan sket pasal percutian hari minggu. Aku dengan Kak Mazni selalu pi CH untuk makan jagung manis dan steamboat di kedai Fauzi. Macam tak logik kan? Tapi....itulah hakikatnya hehehehehe

Kami bertolak Sabtu pagi, melalui lebuhraya utara selatan dan exit Tapah. Kalau dari KL ke Tapah, lebih kurang 3 jam je, nak naik ke CH pun tak jauh sangat. Cuma kebanyakan orang tanak ikut Tapah sebab jalannya yang lipat liuk, agak bahaya kalau tak cekap memandu. Kalau ikut Tapah, korang akan sampai ke Tanah Rata dulu, kemudian baru naik ke Brinchang.  Tapi kalau ikut Simpang Pulai, korang akan jumpa Brinchang dulu, pastu baru turun ke Tanah Rata. Untuk keselesaan, lebih elok ikut Simpang Pulai, jalan macam highway, tak terlalu bengkang bengkok. 


Lebih kurang kul 12 tengahari kami sampai di Tanah Rata dan singgah makan tengahari di food court depan KFC tu. Pastu, kami terus ke Brinchang untuk check-in di Hotel Equatorial. Lepas check-in dan rehat sekejap, kami terus ke pusat jualan berdekatan hotel untuk beli jagung manis. Lepak makan jagung manis kat kerusi rehat di kawasan hotel sambil menikmati pemandangan kebun sayur hehehehe
Lepas maghrib, kami ke pekan Brinchang untuk makan steamboat di Kedai Fauzi. Kalau korang nak tau, kedai Fauzi ni satu-satunya kedai yang jual steamboat halal di pekan Brinchang. Kedai dia kecik je, terselit di antara dua restoran cina. Steamboat dia memang best, masakan thai yang lain pun sedap dan paling penting, murah. Dalam cuaca yang sejuk, apa benda pun rasa sedap kan?  Kalau korang nak pi kedai Fauzi ni, cari KFC Brinchang, pastu sederet bangunan KFC tu la kedai Fauzi (signboard hijau). Tapi, kedai ni dibuka selepas kul 7 malam tau. Kalau nak makan steamboat tengahari, korang boleh pi pekan Tanah Rata, ada satu lagi kedai Fauzi kat situ. Aku dah try kedua-dua kedai, yang kat Brinchang tu lebih sedap dan murah. Lepas makan steamboat, boleh la jalan kaki ke pasar malam Brinchang yang popular dengan sayur dan strawberry murah.
Hari kedua....lepas check-out, kami pi ke Kilang Boh. Selama ni takda rasa nak melawat kilang pun, kali ni rasa teringin lak nak tengok mcm mana dorang proses daun teh. Kilang Boh sentiasa mengalu-alukan pengunjung, dibuka setiap hari untuk lawatan tapi ada waktu-waktu yang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalam kilang. Petugas di kilang akan bagi taklimat tentang proses yang dijalankan. Lawatan ni free je. Lepas melawat kilang lebih kurang 15min, boleh la kita lepak minum teh yang segar kat kedai Boh. Harga secawan teh o panas RM4, mahal wooooo mungkin disebabkan kualiti teh dan suasana sekitar.
Lepas minum teh, kami terus balik KL. Kami ikut Simpang Pulai sebab nak singgah shopping kat kebun sayur.

Sekian saja cerita di CH. Yang best cuma jagung dan steamboat hehehehee

No comments:

Post a Comment