11 January 2012

2012 : Bali - Hari 2 & 3

7 & 8 Januari 2012

Hari kedua, kul 9 pg kami dah keluar jalan-jalan. Sewa motor skuter je kat kaunter travel agent di lobi hotel RM25 untuk 24 jam. Kalau korang pi sana lebih dari 2 orang, boleh sewa kereta atau sewa van untuk ke mana-mana. Teksi pun banyak kat depan hotel, takda masalah nak pi mana pun. Siap duit je hehehe

Pagi, kami makan kat kedai nasi padang berdekatan hotel. Aku tengok kat Bali ni susah gak nak cari makanan halal, kalau ada pun kedai jual nasi padang je melambak. Korang tau kan lauk pauk nasi padang cemana? Pi kedai mana-mana pun lauk yg sama huhuhu tapi hati-hati pilih kedai. Bukan semua yang jual nasi padang tu halal tau....

Lepas makan, kami ronda kawasan pantai Kuta, pusing hampir 10 round hehehehe akhirnya singgah lepak kat pantai. Ramai gak orang kat pantai, peniaga jalanan pun ramai, tak selesa nak lepak. Pantai Kuta taklah bersih sangat, lebih kurang pantai PD je. Yang bertambah tak best kat sini adalah anjing yang dok melepak sama dengan kita erkkkkk 
Secara peribadinya, aku tak suka Bali. Tak pasti kenapa ramai orang suka datang ke Bali ni. For those yang suka nightlife, sesuai la kot. Nak berjalan pun tak selesa, kat tepi-tepi jalan dan kedai, dorang letak makanan dalam daun kelapa yang dibentuk macam pinggan kecik, tanda keagamaan. Aku tak berani lak nak amik gambar benda tu sebab banyak gak yang aku dah terpijak huhuhuhu sib baik tak bengkak kaki

Lepas ronda pusing-pusing Kuta, kami pi massage satu badan. Kalau minat pi spa, memang sesuai la ke Bali, murah dan best. Dah abis massage, kami pi makan kat Warung Nikmat. Kedai ni tempat tumpuan orang Islam tempatan, terletak di lorong yang agak tersorok. Tapi kalau korang nak pi, kena cari Kimberly Spa dulu, pastu soh budak-budak spa tu tunjukkan jalan. Kedai ni dah dekat dengan spa dorang cuma agak tersorok ke dalam, tak boleh nampak dari jalan utama.
Kat sini ada banyak gak lauk-pauk untuk dimakan dengan nasi putih. Harga pun ok. Pemilik kedai ada juga sediakan bilik menginap ala-ala hostel untuk pelancong. Surau pun besar. Sesuai untuk pelancong beragama Islam.

Lepas makan, kami balik hotel dan rehat sekejap. Sebelah petang, kami ronda-ronda lagi, beli souveniers sket dan balik hotel. Time ni cuaca pun tak berapa elok, kejap hujan, kejap panas. Bila hujan, memang kotor jalanraya dorang, berlopak-lopak dan busuk.

Hari Ketiga.....

Kami check-out kul 10pg dan jalan kaki ke bazar yang jual souveniers. Beg kami simpan kat locker hotel sebab kami dah booking teksi untuk hantar ke airport nanti. Jadi tak susah la nak pi mana-mana, melenggang je. Hari ni kami pi shopping complex dan butik-butik yang ada sekitar Kuta. Takda apa yang menarik pun, sekadar nak buang masa tu boleh la. Hujan plak seharian hari ni. Dah puas ronda, kami balik ke hotel dan naik teksi ke airport. Lepak di airport sehingga tiba masa berlepas. 

Secara keseluruhannya, aku memang tak berminat nak ke Bali lagi lepas ni..... 

1 comment:

  1. Sewa Kereta Murah Di Bali
    Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

    ReplyDelete