10 January 2012

2012 : Bali - Hari 1

6 Januari 2012 - Hari 1

Hanya aku dgn Kak Mazni yang pi bercuti di Bali, yang lain tak jadi pi. Oleh kerana kami berdua saja yg pi bercuti, kami tak amik apa-apa pakej kat sana. Sampai di airport, kami terus ke kaunter teksi untuk ke Tune Hotel Kuta.


maklumat pelancongan




 Jarak airport ke hotel lebih kurang 5km je. Sampai hotel kami check in, segarkan diri dan rehat. Lepas maghrib, kami jalan kaki ke deretan kedai sekitar pantai Kuta. Tune Hotel ni tersembunyi sket di celahan lorong. Kalau malam, suspen gak nak jalan kaki keluar ke deretan kedai. Bukan apanya, lorong tu sempit dan gelap, ala-ala nak masuk umah hantu kat tapak ekspo hehehehe tapi lorongnya pendek je, jalan kaki dalam dua minit dah sampai ke tempat yang happening di Kuta. Lepas dah penat berjalan kawasan kedai, kami balik dan tido. Tak berani nak jalan jauh, ramai sangat pelancong asing yang keluar untuk berfoya-foya.


No comments:

Post a Comment