09 February 2011

2010 : Bandung - Hari 4


Hari terakhir di Bandung. Pagi-pagi lagi kami dah jalan kaki ke Pasar Baru.... nak elak kesesakan untuk shopping akhir sebelum bertolak balik ke KL. Tengok jalanraya... tak ramai sangat kan? Masa ni baru kul 9 pagi. Awal lagi.... Pasar Baru pun belum buka hihihihih Lebih kurang kul 9.45 pagi baru kedai-kedai kat situ mula beroperasi. Di hari terakhir ni, aku teringin lak nak makan pagi di food court Pasar Baru di tingkat 5.

Minta milo ais.... yang ni lak datang

Aku makan nasi ayam bakar dengan sup bontot (sup ekor lembu). Sedap tau...

Pas dah kenyang perut... baru leh start shopping. Masa ni baru kul 10.30 pagi, orang lum ramai. Senang sket nak cari barang. Aku pun apa lagi... tak tentu arah pilih kebaya dan kurung untuk dijual di Malaysia.


Kami check-out hotel kul 12 tengahari. Hotel sediakan van untuk hantar kami ke airport, free je. Sampai airport, kami berehat dan lunch kat cafe ni. Ruang makan kecik je, makanan pun yang ready-made, takda masakan panas. Harga memang mahal kalau nak dibandingkan dengan kualiti macam makan kat lorong je.

Masa ni dah check-in untuk perlepasan. Kami semua dah tak sabar nak balik ke Malaysia. Memang dah tak bleh nak panjangkan percutian di Bandung. Tak best sangat hihihihihihi (peminat Bandung jangan marah aaaa)

Selamat tinggal Bandung.....aku tak akan kembali lagi.

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment