09 February 2011

2010 : Bandung - Hari 3

Mesti sarapan dulu sebelum jalan-jalan

Mak memang bersemangat bab makan-makan ni hehehe

Hari ini perjalanan kami ke Jakarta. Saja je abah nak p sana, nak tengok tempat-tempat dia pernah p masa muda-muda dulu. Abah pernah dok Jakarta selama 2 bulan atas urusan kerja. So apa lagi, ni la masanya nak imbas semua kenangan lama, jadi tourist guide untuk kami lak



Dari Bandung ke Jakarta akan melalui lebuhraya, kawasan bukit bukau. Walaupun ikut highway, jalan sesak lebih teruk dari KL, semua kenderaan berhimpit-himpit dan cilok sana sini. Di pertengahan highway, ada satu kawasan rehat, boleh singgah untuk ke toilet atau makan minum dulu.

Bila sampai kawasan rehat ni, pak supir terus nak singgah, lum sarapan katanya. Nak tanak kami kena singgah gak sebab takut pak supir sakit perut gastrik lak tak makan.Menu di salah satu kedai makan di RnR ni. Sebut perlahan je tau... hihihiNi tapai ubi kayu. Boleh beli untuk buah tangan


Bersama mak dan adik di RnR Jakarta

Lepas pak supir kenyang, kami meneruskan perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam. Kalau jem, tambah lagi 1 jam la. Dalam perjalanan, ternampak ada laluan keretapi. Pak supir kata, keretapi ni dari merata tempat yang nak ke stesen Jakarta. Cantik laluan ni kan? Cuma gerun je... hehehe

Yeayyy... kami dah sampai di Jakarta....

Dalam bandar Jakarta ni banyak diletakkan patung-patung camni. Bentuk pahlawan pun ada, bentuk binatang pun ada. Tak pasti lak tujuannya....

Bangunan Mustika Ratu. Banyak la jamu kat dalam ni kot....

Hard Rock Jakarta



Tempat pertama yang kami singgah adalah tugu MONAS (Monumen Nasional). Nak sampai ke tugu, kita kena parking kereta/van/bas di tempat yang disediakan, kemudian kena naik kenderaan khas untuk ke sana. Kat sini tak diberitahu sama ada kenderaan ni disediakan percuma atau kena bayar, kaunter tiket pun takda kat sini. Ramai gak yang jalan kaki, tapi kami mesti pilih naik bas hehehee

Tak ramai yang nak naik bas mini ni, mungkin dorang suka exercise jalan kaki kot

Inilah tugu MONAS (seperti yang ada dalam lagu Hetty Koes Endang)

Bucu tugu yang disalut emas.

Ala... menyebok lak makcik sebelah ni enterframe dalam gambar aku.

Peniaga jalanan ada di mana-mana. Tapi kalau perut tak kebal, jangan beli sebarangan ye. Nescaya cirbir nanti.

Singgah solat zohor di Masjid Istiqlal... masjid tertua di Jakarta

Masjid Istiqlal berhadapan dengan gereja tertua di sana. Di masjid inilah kebiasaannya Presiden Indonesia yang dahulu menunaikan solat manakala isterinya akan ke gereja untuk urusan yang sama.



Dalam perjalanan nak p makan tengahari, kami melalui kedutaan Indonesia, kebetulan masa tu ada penunjuk perasaan, ramai betul orang.

Ada gak yang berniaga di tempat penunjuk perasaan tadi.

Kediaman rasmi Timbalan Presiden Indonesia

Beca di Jakarta. Aku bleh tengok je, tak bleh naik, takut 'up' lak beca ni hehe

Ini salah satu restoran popular di Jakarta, famous dengan masakan padang. Restoran ni dah lama beroperasi. Masa zaman abah muda lagi dia dah datang sini. Sedap sangat katanya. Bila masuk kat dalam, anda boleh tengok gambar-gambar VVIP yang pernah datang ke restoran ni.

Bila masuk je ke dalam restoran, pilih la meja mana nak duduk. Sebaik saja kita duduk, waiter dah bawa datang lauk-pauk yang ada dijual. Nak ke tanak, waiter letak je atas meja tu. Kalau kita sentuh lauk tu, harga akan diambil kira. So kalau tanak makan, jangan gatal-gatal tangan nak sentuh lauk-lauk ni tau. Nanti tak terbayar. Harga? Erm... kami makan 6 orang (termasuk pak supir).... time nak bayar, rasa gelap mata (nak pitam). Tengok lauk pinggan kecik-kecik je, dan kami cuma makan separuh dari bilangan pinggan tu, tapi jumlah yang perlu dibayar ialah 1/2 juta ruppiah tau!

Pas kenyang perut... kami p Dream World Jakarta. Kat sana depa panggil Dunia Fantasi. Ada sea world, ada theme park dan macam-macam lagi. Tapi kami tak masuk ke semua tempat tu sebab ramai orang. Kami cuma naik cable car untuk tinjau kawasan sini. Naik cable car ni pun mak dah panic semacam....

Pandangan theme park DuFan dari dalam cable car

Dinner kami di medan selera di Jalan Maulana Yusuf. Banyak pilihan makanan di sini, tapi semua yang kita tak pernah makan di Malaysia.

Aku makan sate yang kononnya popular sangat ni. Kalau baca kat blog orang lain, semua cakap mesti kena makan sate ni jika ke Bandung. Tapi kat blog ni, aku nak bagitau..... makan jelah sate kat Malaysia, takyah makan kat Bandung hihihihihihi

Nampak sedap kan? Jangan terpedaya dengan paras rupa..... 20 kali lebih sedap sate di Kedai Laksa Telok Kechai kat kampung aku hihihiihiihi harga pun mahal, secucuk dalam 80 sen duit kita.

Kat sini aku beli brownies. Sedap sangat brownies kat sini. Lebih sedap dari brownies
Kartika Sari.

No comments:

Post a Comment