08 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 4

2 Mei 2010 (Ahad)

Hari ni kami ke Seaworld. Dari nama pun dah tau tempat apa kan? Hmm... nak masuk sini ada rumit sket. Banyak prosedur untuk org luar cam kami ni. Kalau bukan orang Islam, boleh tunjuk tiket je, terus bleh masuk. Tapi kami... dok kat pintu masuk hampir 30min, kena isi maklumat diri dalam borang. Pas isi borang, kena soal siasat kat kaunter tiket lak (padahal kami dah beli tiket awal-awal). Pas jawab soalan-soalan minah salleh dalam kotak tiket tu, kena amik gambar lak. Setiap sorang kena sengeh kat depan kaunter tu untuk diambil gambar, lepas gambar dicetak, minah salleh tu akan lekatkan gambar kami kat tiket masing-masing. Kami kena simpan tiket yang ada gambar tu untuk pengesahan identiti di Sea World dan Movie World esok. Orang lain takda pun yang kena buat proses macam ni. Heran tul..... takkan rupa paras kami semua ada iras geng Taliban? Bila berlaku camni, baru aku tau... orang Islam (pakai tudung) tak dialu-alukan di sini, mat salleh kat sana memang tak suka orang Islam. Patutlah kebanyakan orang Islam yang pi sana terus jadi omputeh..... mungkin takut nak mengaku Islam. Moral of the story, kalau korang nak pi negara mat saleh, pakai la cam mat saleh, suar pendek dan roundneck tshirt yg macam tak basuh 2 bulan tu. Mesti korang leh masuk ke tempat macam ni tanpa banyak soal hihihihihi (nasihat ke ajaran sesat ni?).



Kat sini ada bermacam-macam hidupan laut. Ada beruang kutub yg tembam, jerung kekenyangan, penguin, dan banyak lagi yang takda di negara kita. Seaworld ni taklah luas sangat cam Dreamworld, tapi tetap dilengkapi semua fasiliti yang diperlukan.

Bergambar di depan pintu masuk ke Sea World.


Hari ni kena beratur panjang gak sebab hari minggu, ramai orang datang sini.


Proses kat kaunter tiket ni yang lama. Nampak kamera kecik bulat kat tepi cermin tu tak? Itulah kamera yang dipasang untuk amik gambar kami tiap-tiap orang.
Masuk je ke dalam Sew World, kita akan nampak kapal lanun. Kapal ni merupakan tempat pertunjukan utama, ada dua pertunjukan dalam sehari. Kami terlepas kedua-dua pertunjukan di sini sebab kami tengok pertunjukan lain dalam waktu yang sama.

Menuju ke lokasi pilihan masing-masing, ada yang ke akuarium, ada yang ke pertunjukan anjing laut, ada juga yang ke kawasan permainan.

Kereta kabel mini disediakan untuk mereka yang tak larat nak jalan jauh. Dari atas kereta kabel, boleh tengok pemandangan keseluruhan tempat ni. Tapi sayang, masa kami pi, kereta kabel ditutup untuk penyelenggaraan.


Show pertama yang kami tengok.....dolphin show. Memang best sangat!

Kat sini kita boleh tengok ikan-ikan dari atas kolam dan juga dari dalam air. Ni pintu masuk nak tengok ikan-ikan dari pandangan dalam air. Kat bawah ni kita bleh tengok lebih banyak spesis ikan dan hidupan dalam air yang mungkin kita tak kelihatan dari atas.

Untuk yang teringin nak snorkelling dan diving bersama ikan, boleh la amik pakej kat sini. Kena bayar AUS$40 untuk snorkelling atau AUS$60 untuk menyelam bersama shark. Aku tingin gak nak berbaik-baik dengan ikan ni, tapi harga pulak dah macam kena baham jerung hehehehe


Lepas letih berjalan tengok ikan, kami lunch kat Domino Pizza. Kat Sea World ni takda satu pun kedai yang ada halal certificate. Kalau tak makan, sah tak larat nak jalan ke mana-mana lagi. Nak tanak, kena makan gak kat sini, tapi pilihan makanan yang limited. Kami makan pizza mini udang je dan kentang goreng. Lepas lunch, kami ke kawasan permainan yang mencabar....


Nak dapat naik bot ni, kami kena beratur lebih kurang 30min untuk dapat giliran. Fuhh... mengenangkan kemungkinan besar lenkali dah tak datang lagi ke Sea World ni, terpaksa la beratur panjang. Bot ni bawa kami menyusur air.... masuk dalam gua.....sambil dengar cerita tentang bot karam dalam perang. Ikut cerita tu, kami ni ditugaskan untuk menyelamat mereka yang hilang dalam bot karam tu. Perjalanan bot ni taklah mencabar sangat, cuma basah terpercik air. Kat sini ada kamera yang akan amik gambar kita ketika bot terjun dari gua, tapi kami tak beli pun. Aksi tak mencabar hehehehe

Ni barulah aksi yang mencabar.... permainan ni namanya Jet Coaster. Aku naik sorang je kali ni sebab geng yang lain takut terpelanting. Aku pilih tempat yang depan sekali. Tiba-tiba si mamat ni datang dok sebelah. Mungkin tempat kat belakang semua dah penuh kot. Actually benda ni panjang.... lebih kurang roller coaster, kelajuan pun sama cuma dorang buat bentuk jet ski. Bila lap, gayat gak rasa sebab badan kita cuma bertahan dengan sebatang besi yang menekan kat perut tu je, rasa nak bersepai gigi. Gambar ni diambil dari kamera pasang siap kat situ, memang aksi di luar kawalan (nampak lengan popeye). Bila tengok gambar, mamat sebelah tu sengeh lak...cam naik beskal tepi pantai.....

Pas Jet Coaster, aku naik roller coaster lak. Kali ni aku naik dengan Dany. Best! Walaupun laju yang teramat....tapi rasa selamat sket sebab tempat duduk macam dalam kurungan besi, takda la rasa nak terpelanting. Tapi, aksi tetap dengan mulut yang ternganga..... ngeh..ngeh..ngeh..


Nak bergambar dengan Fredy ni.... kena bayar AUS$30 untuk sekeping. Aku nak gak kenangan.... bukan senang nak pegang singa laut ni kan? Masa sesi bergambar, hanya yang bayar untuk sesi ni saja dibenarkan masuk. Si Fredy ni memang bijak, bila cameraman kata.... ready.... dia kecikkan mata dan langsung tak bergerak. Bila cakap OK....next....dia pun bergerak-gerak sambil tunggu orang yang seterusnya. Time ni dia berdiri tau, cuma tangan je diletakkan atas bangku tu. Memang besar betul saiz si Fredy ni.... (tinggi sama dengan aku)


Tepat jam 5.20 petang....kami dah menuju ke pintu keluar.... sebab bas akan datang pada jam 5.30 petang. Dalam perjalanan keluar, sempatlah kami beli souveniers. Aku beli bantal dolphin (sebesar aku) dengan harga AUS$25 dan tuala mandi gambar Sea World berharga AUS$10.

Balik dari Sea World, kami terus mandi dan rehat di hotel. Lepas maghrib, kami kuar dinner dan jalan-jalan kawasan sekitar. Malam ni kami dinner di Golden Legend Restaurant lagi....lupa lak nak amik gambar makanan. Aku makan nasi dan ayam goreng cili kering....sedap... bayar pun sedap....hehehehe

Malam minggu memang meriah kat persekitaran hotel. Ada macam-macam free show.... bukan yang tak senonoh tau. Malam ni kami dapat tengok show free dari beberapa kumpulan penari yang nak tunjuk bakat, ada rappers, hip-hopers dan ada gak yang menyanyi. Best....dorang ni ala-ala seniman jalanan.... kalau suka, bagi la tips sket.....

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment