08 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 3

1 May 2010 (Sabtu)

Kul 8.45 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel. Ikut itenerary, hari ini kami akan ke Dreamworld, salah satu taman tema yang popular di sana. Kat lobi hotel ni ada kaunter pelancongan, boleh beli semua tiket ke tempat-tempat menarik sekitar GC. Bagitau je mana tempat yang kita nak pi, pastu sediakan ongkosnya hehehehe. Harga yang dijual kat sini adalah sama yang dijual secara online.

Kawan-kawan serombongan aku ni tak banyak songeh, dorang ikut je apa yang aku tulis dalam itinerary, so semua aktiviti berjalan lancar. Ikut itinerary, setiap orang kena beli tiket One Day Pass (AUS$72) untuk masuk ke Dreamworld dan Escape Pass (AUS$119.95) untuk ke Sea World dan Movie World. Bila dah beli tiket, ejen ni akan call Tourist Shuttle, bas khas yang akan bawa kami ke semua taman tema. Dia akan bagitau jadual bas dan kita yang decide nak pilih waktu mana. So, kami pilih trip bas paling awal untuk ke sana dan trip paling akhir untuk balik ke hotel.

Bergambar dulu di lobi hotel sebelum berjalan kaki ke hentian bas.

Sementara tunggu bas sampai, kami bergambar di kawasan sekitar. Cuaca yang cerah dan jalan raya yang tenang.... bebas nak bergambar.

Masa berjalan ke tempat tunggu bas, aku terperasan mesin bayar parking kat tepi jalan, mesin ni menerima bayaran melalui kad kredit. Hebat tul! Mungkin caj parking mahal kot....
Kat sinilah tempat menunggu Tourist Shuttle. Aku dah standby motor besar ni....kot-kot bas lambat sampai hehehehehe
Inilah bas Tourist Shuttle yang disediakan khas untuk jemput dan hantar pelawat yang beli tiket ke theme parks. Kami tak perlu bayar untuk tiket bas sebab kami dah beli Freedom Pass masa tiba di airport semalam. Dengan Freedom Pass tu, kami boleh naik Tourist Shuttle dan bas biasa untuk ke mana saja destinasi yang bas pergi, tanpa limit untuk selama 5 hari.
Dalam bas menuju ke Dreamworld. Bas yang sama juga akan jemput kami balik petang nanti. Jangan tersalah naik bas sudah la.

Lebih kurang 20 min perjalanan, kami pun tiba di destinasi pertama. Selamat datang ke Dunia Khayalan!

Tangga ni menuju ke pintu masuk Dreamworld. Untuk sesiapa yang terus datang ke sini, boleh beli tiket kat kaunter atas tu. Kalau dah beli tiket siap-siap macam kami, cuma perlu tunjuk tiket kat dorang, pastu tunjuk passport untuk mengesahkan kami bukan penjenayah hehehehe kemudian baru la dibenarkan masuk.


Kami sampai sini lebih kurang jam 10.30 pagi, suasana masih lengang. Orang ramai lum datang. Kat pintu masuk tadi ada disediakan peta seluruh tempat ni dan jadual persembahan. Pilih je mana tempat kita nak pi dan show mana kita nak tengok. Tempat ni besar....dalam satu hari memang tak sempat nak tengok semua show dan melawat semua tempat.


Kami sempat tengok satu show ni je....Spongebob and friends. Nak abiskan satu show pun lama gak.....sampai haus tekak sebab asyik kena nyanyi lagu spongebob squarepants...spongebob squarepants....spongebob squarepants.... sesiapa yang tak minat kartun, memang boring la tengok show ni. Aku memang minat si muka segi empat ni..... la la la la

Game pertama yang kami main, Moto Coaster. Benda ni adalah roller coaster yang dibuat bentuk motorbike. Laju gak....cam nak pecah silikon hihihihihi pas pusing satu round, terus rasa nak termuntah. Gambar ni diambil dari kamera yang dipasang kat situ, time ni motor baru nak bergerak, tu yang masing-masing tersengeh je, lum tercabar kewibawaan hehehehe. Setiap permainan ada disediakan rakaman kamera, kalau kita nak gambar kenangan, bayar je AUS$20 untuk sekeping gambar bersaiz B5.

Lepas dah penat bawak motor, kepala pun pening, dah tak bleh nak jalan-jalan. So kami naik keretapi..... untuk ke kawasan yang ada haiwan. Keretapi ni akan berhenti di beberapa kawasan, terserahlah kita nak turun kat mana.


Setelah puas berehat atas keretapi yang bergerak lebih perlahan dari pejalan kaki, kami turun di Billabong Buffet Restaurant untuk makan tengahari. Harga buffet lunch AUS$22.90, leh makan sampai pengsan. Kat sini ada asian dishes, fried stuff like spring rolls, calamari, hot chips, sayur-sayuran, pelbagai jenis salads dan pilihan dessert. Ada gak mesin aiskrim, tadah je mangkuk bila nak makan. Minuman seperti teh/kopi/air kosong dah termasuk dalam caj buffet tapi kalau nak soft drink, tambah AUS$5 untuk segelas. Air berkabonat ni boleh diisi semula seberapa banyak pun takpa. Kat Dreamworld ni ada 13 kedai makan tapi cuma satu je yang ada sijil halal. Maklumat kat sini http://www.dreamworld.com.au/Visitor-Information/Dining/Dining.aspx


Lama gak kami makan dan rehat kat sini. Lepas makan nasi dengan kari daging lembu, teringin lak nak makan aiskrim. Dengan confident....aku pi amik semangkuk benda ni. Ingatkan aiskrim coklat......sekali dah suap penuh mulut.....erkkkkk rupa-rupanya...........aising kek! Nak luah terasa malu....nak tanak, aku telan gak terbeliak-beliak mata. Kawan-kawan dah tergelak-gelak. Eeeeeiiiiiii apa la sengal sangat aku ni.....

Lepas dah pekena aising kek tu, aku dah stop makan. Orang kampung dah tanak try apa-apa lagi hehehe gambar kat atas ni adalah rupa aiskrim sebenar.....yang telah mengelirukan pancainderaku hihihihi



Lepas dah isi perut penuh, baru la bersemangat nak jalan-jalan. Nak pi jumpa para sahabat ni......


Kangaroo memang bersepah-sepah kat sini, cuma koala kita leh pandang dari jauh je. Tapi kalau nak bergambar sengeh-sengeh cam kita orang, kena la bayar AUS$30 (utk sorang pegang), itupun leh dukung je, takleh lambung-lambung hik hik hik. Bila penjaga dia bagi koala tu kat aku, dia terus peluk manja, cam sedara yang dah lama tak jumpa hihihihi Koala ni memang gebu dan lembut, cuma kuku yang tajam.





Ni game kedua dan yang terakhir kami main kat sini. Masa tak mencukupi untuk main semua game sebab kena beratur lama tunggu giliran untuk main satu-satu game. Logride ni cam sampan.... leh naik 4 orang sekaligus. Sampan ni akan ditarik ke tempat tinggi, kemudian diterjunkan ke atas air. Bedebusssss basah lencun dari paras pinggang ke kaki.....huhuhu Gambar ni diambil dari rakaman kamera kat situ, bayar lagi AUS$20 untuk sekeping.




Haaa...yang ni memang aku tabik spring kat sesapa yang berani naik The Claw. Tempat duduk yang berbentuk bulat tu akan dihayun tinggi ke atas, sambil berputar-putar. Perghhh....memang leh muntah kuar tali perut ni. Aku memang nak naik....tapi kawan-kawan lak tak bagi, dorang bimbang aku balik ke Malaysia tanpa gigi hehehehe


Permainan ni dipanggil Tsunami Wave. Malapetaka alam pun dorang jadikan nama permainan......Benda ni macam kerusi panjang, kita akan duduk ramai-ramai, pastu besi ni akan dihayunkan ke kiri dan kanan, pastu pusing bertentangan seolah-olah macam kita dok perah kain yang baru dibasuh.

Maskot-maskot banyak berkeliaran kat sini, tapi nak bergambar dengan dorang susah sket. Kena beratur ikut giliran. Bila tiba giliran, kena amik gambar cepat-cepat, nanti bodyguard yang bawak maskot tu marah.


Mengabadikan kenangan bersama maskot Dreamworld. Masa ni dah nak kuar dari theme park, masa melawat dah tamat. Sebelum kuar..... kita boleh beli souvenier Dreamworld di kedai-kedai sepanjang jalan kuar. Kat sini aku beli souvenier spongebob untuk koleksi peribadi saja, tak bleh beli banyak....barang original, mahal la.

Masa ni dah kul 5.30 petang, theme park dah tutup. Kami kena tunggu bas di tempat yang sama kami turun pagi tadi. Sementara bas datang.....sempat la posing dulu.
Sampai hotel, kami rehat dan mandi. Pas maghrib, kami kuar lagi.....untuk dinner di restoran berdekatan. Malam aktiviti bebas....takda dalam itinerary. So, masing-masing ikut suka nak p mana-mana.
Malam ni aku, Kak Mazni, Dany dan Cik CT nak makan malam di Restoran Golden Legends, yang terletak tak jauh dari Restoran Maharani yang kami pi semalam. Restoran ni dimiliki oleh Dato' Ismail, rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan di sana. Restoran yang mempunyai sijil Halal ni menyediakan masakan chinese muslim. Kawasan makan di sini lebih besar, kita boleh pilih nak dok kat dalam kedai atau kat kawasan pejalan kaki ni. Untuk menikmati makanan sambil skodeng kawasan berdekatan, kami pilih meja yang di luar.

Restoran ni popular dengan masakan seafood. Bagi yang berminat, anda boleh pilih nak makan makanan laut yang ada dalam akuarium ni atau yang dah ada dalam peti ais kat dapur dorang.


Malam ni kami aku makan koteow goreng (AUS$22), Kak Mazni makan nasi goreng kampung, Dany dan Cik CT makan bihun goreng singapore. Teh tarik pun ada. Masakan kat sini memang sedap, jauh lebih sedap dari restoran semalam. Walaupun harga mahal sket....tapi layanan dan kepuasan yang kami dapat....memang best!
Lepas makan, kami jalan-jalan kawasan sekitar. Kami dah start beli souvenier untuk sedara mara dan kawan-kawan rapat. Ada banyak kedai kat sini, boleh pilih yang mana kita suka. Harga pun boleh tawar-menawar.

POST SEBELUM INI

1 comment:

  1. kat dreamworld ada kangaroo ker?

    ReplyDelete