08 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 6

4 Mei 2010 (Selasa)

Dalam itinerary....hari ini sepatutnya kami akan ke Tweed Heads menaiki bas no. 603 untuk ke tempat bot yang akan bawa kami untuk Crab Cathing Tour. Tapi cuaca tak mengizinkan....hujan lak. Bila hujan, susah la nak naik bot ke laut, ketam pun susah nak cari.....bangun lambat....sejuk hihihihi
Kami ikut plan B....iaitu....shopping di Harbour Town. Sebenarnya nak pi mana-mana pun takda masalah selagi kita ada map GC dan ada tiket bas yang takda limit tu hehehehe. Untuk ke HT, kita tak perlu bas khas sebab nak ke sini....kena ikut laluan jalanraya biasa. Refer kat jadual bas yang aku dah print awal-awal tu....kami kena naik bas no. 703 untuk ke HT. Tak susah pun.... kuar hotel, jalan lebih kurang 100m untuk ke bus stop bas berkenaan. Bila nampak bas 703, naik ler..... cuma nak turun je bimbang sket sebab kami semua taktau pun kat mana HT tu.... bila masa lak nak picit loceng bas nanti. Bila naik je bas tu.... ada ramai omputeh (yelah sebab bas dorang kan?). Apa lagi....aku minta tolong sorang mamat saleh ni tolong bagitau kami bila dah sampai HT la..... hihihihii
Yeahhh....sampai gak akhirnya.....dalam gerimis hujan.
Kat sini banyak branded outlet. Kebetulan pulak time sales di sana....jadi boleh la kami nak shopping apa yang berhajat di hati. Antara favourite outlet....Levi's dan Polo. Harga murah 20% -30% dari Malaysia. Oklah untuk nak tunaikan keinginan beli barang original....
Kak Mazni terpaksa beli beg oren kotak ni.... senang nak letak baju-baju yang kami shopping tadi.

Kat sini cuma ada beberapa restoran kebab untuk umat Islam makan.... nak tanak, kena makan gak huhuhu

Nampak banyak kan? Hidangan makanan Arab ni memang banyak belaka. Yang ni aku beli butter rice + chicken, nama dia pelik....aku pun tak bleh ingat apa benda menu ni. Yang pasti, ada nasi kat bawah sekali, pastu salad, kobis, bawang, pastu hirisan ayam panggang. Kemudian dorang letak mayonis atas tu bersama beberapa jenis sos. Perghhhhh loya tekak tengok dia tuang sos. Banyak tul...sampai tenggelam nasi aku. Tapi sib baik rasanya sedap....(ayat ketika lapar).

Pasaraya ni ada jual pelbagai jenis makanan segar. Tengok buah epal tu....sekali pandang....cam epal yang mak aku gantung kat kabinet dapur je hehehehe tapi yang ni original tau....segar sangatttttt bleh terus makan. Harga buah sini memang la murah sesangatnyer....epal ni sekampit (ada 12 biji) berharga AUS$1.99. Kalau kira duit kita....lebih kurang je dengan harga epal di pasar malam Puchong hihihihihihi tapi kualitinya pasti berbeza......epal ni fresh betul.... rangup dan manis!

Lepas shopping.... kami naik bas no. yang sama gak untuk balik ke hotel......

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment