08 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 5

3 Mei 2010 (Isnin)

Destinasi kami hari ni......Warner Bros Movie World. Perjalanan dari hotel ke sini amik masa lebih kurang 20 min je. Sebenarnya kesemua theme parks kat GC ni ada berdekatan, cuma kita tak boleh nak abiskan dalam 1 hari lawatan sebab tempatnya besar.
Kat sini kami tak perlu beli tiket lagi sebab dah beli Escape Pass (sekali dgn Sea World semalam). Kalau sesapa nak datang sini dan tak beli tiket lagi, boleh je beli kat kaunter tiket depan pintu masuk atau beli terus dari website movie world (biasanya online ticket ada diskaun).



Kami bergambar di hadapan tiang yang tergantung bendera Malaysia.
Superman Escape Coaster..... jelas kelihatan sebaik saja kita masuk main entrance. Sesapa yang tulang pinggangnya masih lembut.... boleh la naik roller coaster ni hehehehe

Masuk je kat main entrance tu, terus ternampak model berkarakter kartun berkeliaran di sini menunggu pengunjung. Oleh kerana orang tak ramai lagi yang sampai sini, kami dengan mudah dapat amik gambar dengan dorang.
Kat belakang aku ni ialah model kereta yang digunakan dalam filem Batman. Yang sebelah kiri aku tu pulak adalah permainan yang menggambarkan kelajuan Batman terbang. Kami tak naik game ni pun, tak mencabar sangat, tinggi lagi Spaceshot kat Genting tu...

Laluan utama ke tempat-tempat seterusnya.....

Yang hijau tu....memang tempat favourite aku ler..... butik jualan koleksi Shrek.

Bila orang dah mula ramai, semakin susah nak bergambar dengan karakter popular macam Batman ni. Kena beratur panjang dan kena amik gambar sekali je untuk satu kumpulan cam kami ni. Susah nak amik berduaan sebab bodyguard yang jaga dorang ni sombong sket....memang cari pasal je nak marah orang Islam ni. Aku tengok....kalau rombongan kafir tu... boleh je amik gambar sorang2....huhuhu


Kalau korang nak tau.... kat MW ni ada show di kebanyakan tempat. Kalau nak tengok semua tempat memang tak cukup masa sehari sebab kena beratur panjang kat tiap-tiap show. Waktu tayangan lak lebih kurang sama je dengan show lain. Jadi, kena pilih show mana yang kita nak tengok. Gambar kat atas ni diambil semasa kami baru abis tengok show kat pekan cowboy. Sebenarnya kat show ni, aku tengok orang je, bayang cowboy pun aku tak nampak sebab orang terlampau ramai berkerumun.

Kat depan pekan cowboy ni ada mini studio untuk kita amik gambar. Masuk dalam, dok kat kerusi, pastu masuk duit, amik gambar, pastu pilih pelbagai background yang telah disediakan.
Ni kat kawasan pekan cowboy....nampak takda orang kan? Yelah....memang takda orang pun sebab takda apa benda kat sini kecuali replika kedai-kedai lama. Boleh la aku bergambar cam kat kampung sendiri hehehehe
Tengah tunggu waktu show untuk Hollywood Stunt Driver.
Kat sini juga disediakan skrin besar untuk fokus kepada tempat-tempat lakonan aksi diadakan. Tiba-tiba ternampak gambar kami kat skrin tv besar tu.....nampak tak kami sederet di barisan ketiga dari bawah.... alaaaaa yang dok tegak cam beruk terperanjat tu hehehe

Kita leh tengok live show bagaimana sesuatu filem aksi dibuat, ada jurucakap yang akan bagi penerangan bermula dari pengarahan sehingga terjadinya sebuah filem yang kita tengok kat tv tu. Show ni memang best.... dapat tengok aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah. Semua aksi ni menggunakan kereta Mitsubishi Evo tau.... bukan Persona hihihihi

Bila masuk keranda ni....terus rasa lapar......
Kami lunch kat Rick's Cafe Americain, salah satu restoran halal di sini. Harga untuk buffet lunch..... AUS$27.95 seorang dewasa. Sini memang ada buffet je tengahari. Kalau tanak buffet, korang leh pi makan fast food kat kat depan kawasan ni.
Nasi aku yang setimbun....
Muka cam dah lapar sangat ni....


Batman show....

Bergambar dengan driver profesional yang berlakon dalam aksi Stunt Driver tadi.....

Untuk peminat Shrek....jangan lepaskan peluang tengok movie yang ditayangkan dalam bentuk 4D ni tau. Kat tempat kita baru nak perkenalkan 3D....tp di sini dah ada 4D. Memang best sangat! Kerusi yang kita duduk dalam wayang ni boleh bergerak-gerak dan kualiti gambar yang memang superb! Masa Donkey bersin....terpercik air liur dia kat muka kita tau!

Ada banyak butik jual souveniers mengikut filem yang dihasilkan oleh Warner Bros.



Time ni dah pukul 5.30 petang.... MW dah nak tutup. Purse aku pun dah kempis....abis duit beli souveniers untuk diri sendiri (memang takleh beli kat orang lain....mahal belaka)

Shrek ni berharga AUS$20 setiap satu (yang atas tu). Untuk peminat Shrek....kena beli gak ler...

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment