15 June 2017

Beza Sedekah Dan Zakat

Ada kengkawan yang masih konpius antara sedekah dan zakat? Ada terbaca dua tiga komen di fb seseorang pasal minta sumbangan untuk rumah anak yatim, sorang brader ni komen "gua dah bayar zakat banyak, kira sedekah juga". Fuhhh bahaya kalau orang Islam taktau beza antara sedekah dan zakat ni tau. Meh nak kongsi info sket:



SEDEKAH

Sedekah ditafsirkan sebagai pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. 

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (Al-Munafiquun: 10)

Secara ringkas, Sedekah itu adalah

·         Satu amal jariah yang hukumnya sunat.
·         Bukan rukun Islam tetapi amat digalakkan.
·         Tidak mempunyai kadar atau masa yang tertentu.
·         Tidak mempunyai penerima yang tertentu.

Sedekah tak semestinya dengan harta dan wang ringgit.

Dalil sedekah tidak semestinya dengan harta adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis (senyuman) dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya". (Riwayat Ahmad)

Kekadang kita dengar orang kata, aku tak mampu, macam mana nak bersedekah kan? Sebenarnya orang tak tahu banyak cara nak bersedekah, bukan dengan duit kita je. Senyum pun satu sedekah. Tapi bila berjumpa dengan orang yang kita tak kenal, muka kelat kemain lagi, kekwat. Pastu bila masanya nak sedekah?

ZAKAT

Pengertian zakat menurut Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة) dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Makna zakat secara etimologi pula ialah sepertimana firman Allah yang bermaksud:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah At-Taubah 9:103)


Zakat itu adalah 

·         Hukumnya wajib.
·         Rukun Islam yang ketiga dan sebagai ibadah dari segi harta.
·         Mempunyai kadar yang tertentu (nisab) dan masa untuk dikeluarkan (haul).
·         Mempunyai penerima yang tertentu, iaitu 8 asnaf (penerima) Zakat.

Syarat-syarat zakat 

1. Muslim
Kerana zakat merupakan salah satu rukun Islam maka tidak diwajibkan kepada orang kafir. 

2. Merdeka
Zakat tidak diwajibkan kepada budak dan hamba kerana hartanya adalah milik tuannya maka tuannyalah yang menunaikan zakatnya.

3. Dewasa (baligh)
Zakat hanya diwajibkan kepada orang dewasa, bukan kepada kanak-kanak yang belum baligh. Tetapi jika kanak-kanak itu memiliki harta yang sudah sampai nisab dan satu tahun maka walinya atau orang yang menguruskannya wajib untuk mengeluarkan zakat dengan diniatkan untuk mereka.

Pembahagian Zakat

Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta benda dan zakat fitrah

Firman Allah yang bermaksud:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah 2: 43)

Ada 2 jenis zakat iaitu:

1.Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Zakat Harta

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Binatang Ternakan
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz
  • Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

  • Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
  • Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah).

Kalau tak sure cemana nak kira jumlah yang perlu dibayar, boleh ke pejabat zakat negeri atau kalau nak bayar online, boleh kira guna kalkulator ni https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-pendapatan

Zaman sekarang ni nak bayar apa pun boleh secara online. Jadi takda sebab kita tak bayar apa yang sepatutnya kan. Kat dunia ni takda siapa yang tahu kalau kita lupa bayar, tapi di akhirat kelak, apa nak jawab dengan Yang Maha Berkuasa?

28 March 2017

Jom Kurus 1 Malaysia 2014 - 1st season

Tajuk macam gempak je kan hahahah tetiba rasa nak bagitau korang pasal program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) anjuran cikgu  fitness yg femes tu, kevin zahri. First season started in January 2014 dan hanya ada beberapa lokasi tertentu sahaja. Masa ni aku masih bekerja di SPAN. Oleh sebab aku kerja di Cyberjaya, maka aku pun daftarlah program ni di bawah bimbingan leader Cyberjaya, Coach Cem, yg pernah jadi cikgu fitness Akademi Fantasia hari tu.
Program JK1M mengambil masa 6 minggu utk satu2 season. Yuran yg dikenakan pun murah je, RM300 utk satu program. Latihan fitness biasanya diadakan pada setiap sabtu dan ahad, tapi ada gak leaders yg super rajin sanggup buat training tambahan pada hari weekdays. Untuk team cyberjaya, kami ada latihan setiap sabtu, ahad dan rabu, cuma weekdays tu hanya utk sesiapa yg berkesempatan nak join saja, tak wajib. Apabila tak wajib, maka ramai la tak datang hahahaha

(aku pegang huruf U selepas R)

Pada permulaan program, kami semua dikehendaki timbang berat badan yg solid molid tu depan coach utk direkodkan dalam buku latihan. Coach letakkan sasaran setiap org mesti turun berat sekurang2nya 1kg seminggu. Dengar mcm seram kan? Tapi sebenarnya sasaran tu adalah reasonable dan mampu dicapai kalau kita amalkan segala ilmu yg cikgu ajar.

Sebenarnya tak perlu berlapar utk jadi kurus. Kita hanya perlu tahu dan kawal pengambilan kalori harian mengikut keperluan diri. Org perempuan biasa2 yg kerja ofis macam aku memerlukan 1500 kalori sehari. Jumlah tu hanya bersamaan 2 pinggan nasi kandar dan 2 gelas nescaffe ais je tau! Jumlah kalori yg diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza mengikut kadar BMI, berat badan, umur, jantina dan aktiviti harian. So kalau korang jenis kaki gym yg tetiap hari nak angkat besi2 tu, korang perlukan kalori yg lebih byk. Sebab tu lah abam2 dan hakak sado boleh mkn byk hihihi


 Ni antara menu yg sesuai utk lunch or dinner. Nampak sedap tapi rasa kureng la hehehehe

 Bakar dan rebus je tau. Letak garam pun ciput saja.



Kalau korang nak faham lebih lanjut pasal kalori intake dan cara nak kurus yg sihat tak perlu makan ubat, boleh ke website cikgu kevin (kevinzahri.com). Ada byk info percuma dalam tu. Ikut je pelan diet yg cikgu bagi, mesti boleh kurus. Tapi, kalau ada ilmu, takda displin mcm hakak ni, tak guna la dikkkk kau hanya kurus selama 6 minggu tu jelah kekekeke aik?? tak caya?? aku berjaya turun berat sebanyak 6kg utk 6 minggu tu tau. Nak tau kenapa boleh turun berat?....Kalau tak turun ikut target, coach cem akan denda lari 5 pusingan tasik cyberjaya tu, kau nakkk?? Eeeeiiii ngeri beb, sebab tu aku ikut diet yg betul, catit setiap kalori makanan yg aku makan tiap2 hari. Sentiasa pastikan apa yg masuk dalam perut ni tak melebihi kalori yg diperlukan. Pastu, buat aktiviti tambahan utk bakar kalori yg ada. Jadinyer, mmg turun la berat badan tu.
 Time ni Fara Fauzana (fafau) join JK1M gak tapi kawasan lain.




Bila habis je program 6 minggu tu, maka diari diet aku pun berkubur kekekeke tapi sejak program tu, aku masih teruskan few aktiviti seperti zumba, larian manja2, kick boxing dan swimming. Cuma kau kena ingat, walau banyak mana pun aktiviti yg kau buat, kalau makan minum kau tak jaga, jangan mimpi nak kurus dikkkk

(mood insaf kejap). Oklah, akak stop sini dulu. Nanti kita story lagi.

14 March 2017

Keputusan Yang Salah

Assalamualaikum wbt and A Very Good Day.

Ladies and gentleman.

Sorry...sorry...sorry...

Chewahhhh setelah hampir 2 tahun tak hapdet blog, tetiba nak cakap omputeh hehehe Bukan apa, org kata, kalau nak mintak mahap ikut stail mat saleh lebih senang nak lafazkan kan..kan..

Menjadi seseorang yg 'suka nak buat semua bagi elok' tu kdg2 menjadikan aku org yg lembab, selo melo bila nak buat apa2 pun. Tiap kali pi travel, nak susun resit dan gambaq semua ikut turutan tarikh dan masa, pastu baru nak cerita dalam blog. Sudahnya semua bertangguh, tak siap. Lama kelamaan, info yg aku simpan pun hilang. Padan muka.

Selama blog AOB berdiam diri, mcm2 perkara yg berlaku. Ada 2-3 lokasi percutian dalam dan luar negara yg aku pi dgn kwn2, itupun yg dekat2 saja sebab tak dapat cuti lama. Byk cerita yg tak best berlaku dlm tahun 2016. Keputusan utk berhenti kerja dari SPAN dan join UTAR rupanya satu kesilapan terbesar dlm hidup aku. Hanya kerana nak jawatan lebih tinggi dan gaji lebih mahal, aku pilih jalan yg salah. Jalan yg membawa aku ke lembah derita. Jalan yg menyakitkan jiwa.

Kisah ini masih panjang.  Aku tak malu nak ceritakan kesilapan diri sebab aku mahu cerita ini jadi bukti bahawa aku sedang perbaiki kesilapan dan kekurangan diri.  Lenkali pulak aku story hokay!

05 October 2015

2015 : Pulau Tioman - Discovery Scuba Diving

Hai semua....

Dah lama sangat aku tak jengah blog AOB ni, sampai dah hilang banyak info percutian. Sebelum memori aku terpadam, ni nak kongsi info pasal percutian di Pulau Tioman baru-baru ini. Actually ni kali ke 5 aku pi tioman, sebelum ni lupa nak cerita. Tapi kali ni aku kena catat kat sini sebab ada panduan ekstra utk korang yg teringin nak rasai pengalaman menyelam skuba. Haaaaa best tak?

22 Mei 2015

Trip kali ni kami pi 4 org, aku dgn bff naik bas dari KL, lagi 2 org naik keta dari JB.  Semua ladies ok! Aku beli tiket bas sebulan awal seara online dari website (www.tbsbts.com.my). Tiket bas Transnasional dari TBS ke Mersing berharga RM38 sehala.  Aku beli tiket kul 11.55mlm, untuk sehala saja, nak tau sebab apa? Nanti aku cerita ok? 

Lepas keja aku terus balik umah, bersiap-siap, kul 9.45mlm terus ke Terminal Bersepadu Selatan. Lebih kurang kul 10.15 mlm, aku sampai di TBS. Park kereta kat tingkat atas, kawasan letak kereta yg besar, senang dan selamat. Ramai org parking kat sana, so takyah risau kalau korang sampai waktu mana pun, pasti ada org, tak sunyi. Bayaran parkir pun murah je, cuma RM4 sehari dan bayar masa nak keluar nanti.
Kalau beli tiket online, kita kena print confirmation emel, tunjukkan di kaunter tiket utk dapatkan boarding pass. Hahaha macam nak naik flight kan? Sebenarnya boarding pass tu adalah tiket sebenar yg membenarkan kita akses masuk ke ruang pelepasan. Ada banyak kaunter tiket kat TBS tu, jangan confuse tau. Utk sesiapa yg belum beli tiket, boleh je beratur kat mana2 kaunter 'All destinations'. Tapi kalau dah beli online, kita kena pi kat kaunter yg dinyatakan dalam emel. Utk tiket transnasional online, korang kena pi ke kaunter hujung sekali yg mengadap eskalator ke pintu 1 pelepasan. Ada 3 kaunter yg tertulis 'Online Purchase' dan disebelahnya adalah kaunter untuk redeem air percuma bagi pelanggan yg buat pembayaran melalui webcash. Aku memang bayar guna webcash sebab sebelum ni ada baki lebihan dari pembelian tiket pi Singapore aritu.

Lepas dah dapat boarding pass, kita boleh turun ke ruang pelepasan. Kalau korang first time di TBS, elok datang awal supaya tak kelam kabut. Lagipun bas kat TBS ni biasanya memang ikut masa yg ditetapkan sebab bas tak dibenarkan berhenti lama di situ. Oleh kerana kami ada byk masa, sempat la pi beli roti dan pi toilet. Bas kami sampai kul 11.40 dan bertolak tepat 11.55 mlm. Kami beli seat single, selesa sket nak tido atau tengok movie. Bas ni ada individual monitor utk setiap penumpang, boleh pilih nak tengok movie apa tapi takda suara kalau tak connect to earphone. Aku tak bawak earphone, so kena tengok movie tanpa suara hehehe nasib baik ada substitle.

23 Mei 2015

Bas ni menggunakan jalan endau rompin - mersing, jalan bengkang bengkok dan sunyi. Aku pernah drive sendiri ikut jalan ni, memang serammm sangat, sebab tu lebih senang naik bas. Bas sampai ke stesen Mersing kul 4.30pg, awal kan? Kat stesen bas tu memang sunyi, takda kedai yg beroperasi 24 jam dan takda teksi waktu macam ni. Tapi korang jangan takut, boleh jalan kaki je ke jeti. Kat kawasan jeti ada banyak kedai makan 24 jam dan hotel2 bajet. So apa lagi.....kami terus jalan kaki ke jeti, ikut je jalan tepi muara, terus sampai jeti. Jarak tak sampai 1km, lebih kurang 10min berjalan dgn badan dan beg berat. Kami singgah di restoran mamak yg berhampiran utk makan dan sewa hotel bajet. Sementara nak tunggu feri paling awal kul 11pg, jenuh gak nak melepak kat kedai. Lebih baik amik satu bilik utk rehat dan mandi. Harga sewa bilik sehari RM70, tapi kalau check in sekejap, dorang kenakan caj RM50 saja. Kami bayar sorang RM25, ok la kan....bilik selesa, bersih, ada tv, astro, aircond dan water heater.

Kami check out dari hotel bajet kul 9.50pg dan terus ke jeti. Kena pi awal utk amik tiket sebab feri limited, kalau penuh kul 11, alamatnya kena tunggu next feri kul 3ptg. Tiket feri kami dah beli online sebulan awal, harga RM35 sehala, seorang. Tapi kalau beli online, ada extra caj RM5 seorang utk early booking dan gst. Kalau korang nak pi sana selain dari hari cuti, takyah beli tiket in advance, terus walk in ke kaunter jual tiket tu. Sekarang ni cuma ada satu company yg buat perkhidmatan feri tioman iaitu bluewater express. So takyah risau nak beli tiket kat mana2 pun sebab feri yg sama heheheh. Lepas dapat tiket feri, kita kena beratur pulak utk bayar caj taman laut sebanyak RM5 seorang. Lepas dah ada resit taman laut, baru kita boleh ke kaunter utk dapatkan boarding pass. Boarding pass feri tak sama dgn bas tau, dorang guna manila card laminate dan dicetak nombor. Tujuan boarding pass tu adalah utk mengetahui had jumlah penumpang yg boleh naik feri pada satu masa. Walaupun tiket kita ada seat no., ramai penumpang yg tak ikut seat, dorang berebut pilih tempat. Apa nak buat...inilah malaysian.  Ni ada beberapa pesanan utk korang.....
1. Seeloknya, cari seat yg di bhgn depan feri, sebab bhgn depan tak banyak seat, tak banyak sangat bau badan org hahahaha
2. Makan pil mabuk laut satu jam sebelum naik feri. Kalau tanak, sila sediakan plastik utk muntah.
3. Pastikan korang dah tau jeti mana nak turun nanti. Feri akan berhenti di Kg Genting, Kg Paya, Kg Tekek, Kg Air Batang, Kg Salang. Kalau chalet/hotel korang kat Kg Juara, kena turun di Tekek dan naik teksi air (bot) ke sana. 
4. Ada kawasan letak kereta utk sesiapa yg drive ke sana. 








Trip kali ini kami stay di Berjaya Tioman Beach Resort, yg terletak di Tekek. Dari jeti mersing ke tekek amik masa hampir 2 jam. Sampai di jeti, kami terus naik free shuttle yg disediakan oleh hotel. Kalau korang nak ke chalet lain, ada banyak teksi prebet sapu kat situ, sangat mudah. Ada deretan kedai makan kat depan jeti, boleh makan dulu. Kalau nak sewa motor, ada ramai agent kat tepi2 jeti tu. Harga sewa motor RM25-40, kena pandai nego. Kami tak sewa motor sebab kali ni semua aktiviti di laut saja. For info, Berjaya Tioman memerlukan kita membayar deposit RM200 utk sebilik.  Jgn terkejut pulak. Lepas check in, masuk bilik, letak beg dan terus jalan kaki ke restoran makngah yg ada di depan pintu masuk Berjaya. Ni bukan restoran mak sedara aku tau. Tak ingat nama restoran tu, cuma owner dia makcik yg penduduk situ panggil makngah. Lunch nasi hidang, menu masakan thai, memang terbaik! Bila dah kenyang, baru la balik hotel, rehat. Restoran ni dibuka dari tengahari hingga ke malam tapi sebelah malam, kami BBQ dinner kat Restoran Sri Nelayan, Berjaya Hotel. Saja nak lepak, makan sambil enjoy live band.

24 Mei 2015

Kami bangun awal, excited nak terjun laut. Awal2 dah tempah transport utk bawak kami ke East Divers, dekat dgn jeti tekek. Aktiviti hari ni adalah Discovery Scuba Diving (DSD) iaitu aktiviti menyelam utk org yg takda lesen. Kalau ada lesen pun apa salahnya nak temankan kawan2 buat DSD kan? hehehehe Harga DSD di East Divers adalah RM220 seorang. Kalau kat Berjaya, harga RM255, mahal sket. Sebelum kita dibenarkan buat DSD, kena isi borang kaji selidik kesihatan dan pengesahan diri. Borang akan disediakan oleh dive centre. Bila dah lulus semua soalan dan jawapan, kita akan diberikan taklimat tentang penggunaan peralatan menyelam dan cara2 komunikasi dalam air. Lepas taklimat, kita akan diberikan semua peralatan dan siap sedia utk ujian pertama iaitu shore dive, menyelam dari pantai. Hanya mereka yg lulus ujian shore dive dibenarkan utk buat boat dive. Seorang dive master akan mengiringi 2 penyelam DSD. Kalau utk 4 org, 2 org dive master akan ikut kita bersama. Sebelum menyelam, kita kena minum air sebanyak mungkin tau, takut rehydrate masa dalam air. Kat sini, kita boleh sewa underwater camera dgn harga RM80 utk jumlah gambar yg takda limit. Dive master akan jd photographer dlm air dan transfer semua gambar ke dalam cd utk kita bawak balik.

Shore dive akan memakan masa lebih kurang 2 jam. Kita akan berjalan dari pantai ke dalam laut, tahap kedalaman akan ditambah dari masa ke semasa, bergantung keyakinan dan pernafasan penyelam. Kalau tetiba rasa takut, senang nak timbul di permukaan air sebab tak jauh dari dasar. Bila dah lulus shore dive, kami dibawa utk boat dive di Pulau Renggis. Actually memang ada banyak pulau utk menyelam di Tioman cuma Renggis adalah yg paling dekat, tak perlu naik bot lama2. Lagipun kawan kami yg 2 org tu tanak teruskan utk boat dive, dorang pilih nak snorkelling saja (takut la tu!). Renggis memang tempat utk snorkelling bagi mereka yg stay di Tekek dan Salang. Boat dive kami amik masa hampir sejam lebih, saja dive master bagi masa lebih kat kami yg nampak pro dalam air tu hehehehe

Pengalaman berada dalam laut sedalam 18m memang best! Kalau korang tak pernah menyelam dan ada tahap keberanian, eloklah try! Cuma sekarang ni Tioman tak secantik dulu, air kurang jernih dan batu karang banyak dah rosak. Selesai semua, kami dihantar balik ke hotel.
Lepas makan di restoran makngah, kami sambung berenang di pool hotel. Saja nak berjakuzi dan santai2 tengok pemandangan yg indah. Dah puas kuak lentang, kami balik ke bilik dan berehat. Maka selesailah hari kedua kami di Tioman.

25 Mei 2015

Lepas check out hotel jam 12tghari, kami lepak di tepi pantai sementara menunggu shuttle bus utk ke jeti. Oleh kerana tiket feri kami kul 3ptg, sempatlah lunch kat restoran makngah yg ada kat depan jeti. Kami makan nasi hidang, lauk macam2 gak, sedap!

Lepas lunch, kami berjalan ke jeti, beratur utk dapatkan boarding pass. Haaaaa kali ni feri lambat sampai, delay sejam lebih. Ramai yg komplen sebab terlepas bas, tapi aku ok je, belajar dari pengalaman lalu, sebab tu tak beli tiket bas ke KL awal2. Feri dr tioman sampai ke jeti mersing lebih kurang kul 6.15ptg dan bas akhir ke KL adalah kul 6ptg. Makanya, kena bermalam di hotel bajet sekali lagi. Member kami yg bawa kereta tu pun stay kat hotel gak sebab mabuk laut, tak boleh drive balik JB.

Kat depan jeti mersing tu ada travel agency yg jual tiket bas ke KL tapi bukan Transnasional, bas S&S International. Kami beli tiket kat sini je, malas nak jalan kaki ke stesen bas utk dapatkan tiket Transnasional. Harga tiket S&S ialah RM42. 50, lebih mahal dari Transnasional sebab bas ni ikut highway terus ke TBS.


26 Mei 2015

Check out hotel kul 7.30 dan sarapan pagi di restoran hotel tu jugak. Lepas makan, kami terus berjalan ke jeti utk tunggu bas di depan office travel agency. Bas datang pick up kami kul 9.15pg dan terus ke KL. Berakhirlah sudah percutian kami kali ni. Sampai TBS, terus bayar parking dan balik umah. Bayaran parking adalah RM16 untuk 3h 2mlm.

Harap info panjang lebar kat atas ni boleh membantu sesiapa yg first time nak ke Tioman atau nak buat DSD. Untuk yang berminat nak amik pakej sama dgn kami, boleh tgk FB: East Divers Resort. 

Bersama 3 dive master dari East Divers

East Divers Resort juga ada sediakan pakej untuk PADI scuba diving course untuk mereka yang ingin lebih serius menjadi penyelam skuba. Dorang juga ada chalet di tepi pantai untuk disewa. Kawasan memang best, sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jumpa lagi di cerita akan datang....tataaa...

30 May 2013

2013 : Pulau Pangkor

Hai semua...

Cuti kali ni aku plan untuk ke Pangkor. Ini adalah kali ketiga aku ke sana dan ketiga-tiga kali ini juga aku pi sana dengan family. Cuma kali ni mak, abah dan adik pi sana untuk majlis kenduri kahwin sedara kami di Lumut, bukan untuk holiday di Pangkor. Kebetulan pulak aku dengan kak Mazni memang dah booking chalet awal-awal lagi, jadi aku tambah satu lagi chalet untuk depa.



24 Mei 2013 - Hari pertama

Seawal 7 pagi, aku dengan kak Mazni bertolak ke Lumut melalui jalan Kuala Selangor - Tg. Karang - Teluk Intan - Setiawan - Lumut. Kalau ikut jalan lama ni, jaraknya lebih dekat berbanding ikut highway. Cuma biasanya orang tanak ikut jalan lama sebab banyak pancaroba dan tak boleh nak laju. Kalau korang malas nak ikut jalan lama, boleh ikut highway utara-selatan, dari KL exit Batu Gajah - Setiawan -Lumut, perjalanan amik masa dalam 4 jam. Kalau ikut jalan lama macam aku, perjalanan dalam 3 jam je. Yang bestnya ikut jalan Kuala Selangor ni, kita boleh singgah makan cendol bakar yang ada drive-thru. Best wooooo

Sampai Lumut, aku terus ke rumah Sarah....adik angkat aku yang bertugas di hospital kat Lumut. Sarah dah siap amik cuti untuk sambut kami sekeluarga. Ada mee rebus special plak tu! Aku dengan kak Mazni berehat dulu kat umah Sarah sementara menunggu abah, mak dan adik sampai.

Lebih kurang kul 3 petang, depa pun sampai. Lepas makan dan rehat seketika, kami terus ke jeti Pangkor untuk ke pulau. Kami parking kereta kat parking berbumbung di bangunan bertingkat sebelah jeti.  Kadar sewa kat sini ialah RM10 untuk 24 jam, taklah mahal sangat kan? Kalau korang bawak beg ala-ala budak AF tu, takyah la risau sebab bangunan ni ada lif hehehehe

sumber: wikipedia
Tiket feri ke pulau berharga RM10 seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari jeti ke pulau amik masa dalam 1/2 jam je dengan 2 perhentian. Hentian pertama....kat jeti Sg. Pinang dan hentian kedua...jeti Pangkor. Hentian pertama tu untuk penduduk tempatan tau, korang yang nak pi Pangkor, jangan turun kat situ lak, jauh lak nak ke kawasan chalet/hotel korang nanti. 







Sampai kat jeti Pangkor, kami naik van pink untuk ke chalet di Pasir Bogak. Harga teksi pink ni adalah RM10 untuk ke Pasir Bogak dan RM20 untuk ke Teluk Nipah. Actually dekat je jarak dua tempat ni tapi mungkin nama yang berbeza, caj pun beza la kan....hehehehe kat Pangkor ni takda teksi warna lain tau, ada van warna pink ni je nak ke mana-mana pun. Kalau korang nak ronda satu pulau pun boleh, sewa je teksi ni dengan drivernya sekali. Tapi aku tak sure harga sewa untuk ronda pulau sebab kami hanya lepak kat chalet saja hari pertama.

Kami stay kat Pangkor Village Beach Resort.....yang betul-betul ada di penghujung pantai Pasir Bogak. Pemiliknya...Kak Wati, memang baik dan senang nak berurusan. Aku amik satu chalet saiz standard dan satu lagi family chalet (ada 2 katil queen dan mengadap laut). Chalet standard ni sewanya RM150 satu malam untuk musim cuti sekolah dan chalet family berharga RM230 semalam. Kalau korang nak pi Pangkor, aku memang recommend sangat Pangkor Village Beach Resort ni sebab dia ada pantai sendiri, takyah bercampur dengan orang ramai, ada kafe sendiri, ada permainan air sendiri, ada dewan dan juga dorm untuk korang yang datang dengan rombongan atau untuk tujuan kursus. Untuk family, memang sesuai sangat amik chalet family tu, berdepan pantai dan ada tempat bbq di depan setiap chalet.
chalet famili yang ada 2 katil besar
chalet saiz standard, ada 2 katil single

Pengusaha chalet ni....Kak Wati, ada sediakan kereta dan motor untuk disewa. So kalau korang nak jenjalan ronda pulau, boleh la sewa kereta atau motor. Aku tak sure lak berapa harga sewa kereta tapi untuk motor, harganya RM20 untuk 24 jam. Aku sewa motor sehari saja untuk ronda pulau.

Kami dinner kat chalet je, order makanan kat Kak Wati dan makan di chalet bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa hehehehe makanan kat sini sedap dan harganya berpatutan. Takyah susah-susah nak kuar cari kedai makan kan....


25 Mei 2013 - Hari kedua

Lepas sarapan di kafe chalet (order makanan sehari lebih awal), kami terus ke tepi pantai untuk pakej snorkelling. Actually, bukannya nak snorkelling pun, saja nak naik bot untuk ronda pulau dan mandi-manda. Ikut pakej snorkelling, kita akan dibawa ke 2 tempat iaitu ke kawasan tepi pantai untuk rehat dan mandi, kemudian ke kawasan batu karang untuk snorkelling. Kami pi ke kawasan mandi saja, lepas tu, soh orang bot tu hantar kami balik ke chalet sebab nak pi kenduri kat Lumut lak.

Lepas mandi dan bersiap-siap, kami naik van pink untuk ke jeti. Mak, abah dan adik terus check-out chalet. Lepas kenduri, depa terus balik Kedah, aku dengan kak Mazni kembali ke chalet untuk 1 malam lagi. Tapi, malam kedua ni memang kami berdua macam ayam berak kapur la, sunyi semacam bila mak, abah dan adik dah balik. Terus jadi tak best dok situ. Kami naik motor ronda-ronda pulau, makan kat Teluk Nipah, beli ikan kering kat kilang satay ikan, pastu balik chalet dan tido.



26 Mei 2013 - Hari ketiga

Esok pagi, kami check-out dan balik ke Lumut untuk balik ke KL. Hari ini kami ikut highway, dengan harapan nak cepat sampai KL, tup-tup, jem teruk sebab public holiday, 5 jam baru sampai KL. Adoiiiii

Sampai di sini saja percutian kami di Pangkor kali ini. In shaa Allah....kami akan kembali ke sini lagi. Kalau korang nak stay kat chalet ni, boleh emel aku untuk dapatkan no.tepon pemiliknya ye.