Mungkin catatan ini dapat ku susun menjadi memori yang tersebar di dunia maya...
untuk ditatapi di antara liku-liku dan rekahan ingatan...
untuk diharungi di antara indah dan pedihnya pengalaman.

"holidaying is not only about the destination, but the lovely and memorable journey"



Monday, September 19, 2011

Hatyai - Hari 1 & 2

Hai semua....



Sorry dah lama aku tak update blog COB ni. Alasannya? Cam biasa ler..... sibuk hehehehe. Bulan 7 sibuk nak siapkan assignment, bulan 8 lak exam. Klip pok klip pok.... dah hampir ke hujung September. Fuhhhhh.... bertambah lagi status 'andalusia' aku ngeh..ngeh.. ngeh...



Ni nak citer pasal trip aku yang terbaru. Kali ni... aku ajak kengkawan pi kampung aku di Aloq Staq. Kebetulan aku memang nak balik kampung, jadi aku ajak depa pi sana bercuti di pondok aku sambil tengok sawah bendang. Kami bertolak dari ofis pada 22/7/11 (Jumaat) lebih kurang jam 8.30 malam. Depa semua park keta kat ofis dan kami bertolak balik Kedah dengan keta aku 'the black warrior' wakaka



Dari Cyberjaya.....kami singgah di RnR Bkt Gantang jap beli buah-buahan, pastu terus drive ke Alor Star (Selatan). Kalau korang nak tau, umah aku ni kat Jln Kuala Kedah, sama jalan nak ke jeti pi Langkawi. Kalau sesapa pernah singgah makan Laksa Telok Kechai yang popular di kalangan orang luar Kedah, memang kedai laksa ni dekat sangat dengan umah aku. Tapi sori ye... aku tak bleh letak gambar umah kat sini, bagi menjamin keselamatan sosial hehehehehe



Sampai di umah lebih kurang kul 2.30 pagi, lepas angkut beg semua, kami terus tidoq. Bagi meraikan tetamu, aku kena tido kat bilik baju dan bilik pengantin aku tu kena bagi kat tetamu hehehehe Tapi takpa, untuk kengkawan, aku rela tido di ruang tamu. Lagipun aku tak rasa letih sangat sebab dah biasa drive sorang balik kampung. Cuma kesian depa je.... masing-masing dah lembik hehehe


Keesokkannya.... 23/7/11, kami rehat di rumah dan menjamu selera dengan segala macam makanan kegemaran masing-masing.

No comments:

Post a Comment