16 February 2011

Fiske Steakhouse

Korang suka makan western food? Kalau suka, aku nak cadangkan korang p makan kat Fiske Steakhouse di AU Keramat. Restoran ni berdepan dengan kilang Pernec Corporation. Western food kat sini memang marvellous sedap, lain dari yang biasa kita makan. Harga? Sangat berpatutan. Kedai ni ada ruang makan berhawa dingin dan ruang berbumbung di luar. Apa yang sedap kat sini? Dah tentu la steak dia.... perghhhh sedap wooooo tempat ni memang jadi tumpuan ramai terutama hari Sabtu dan Ahad. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari jam 5.30 petang sampai 12mlm. Kalau nak cepat makan, elok korang datang sebelah petang sebab kalau malam korang kena tunggu meja kosong, orang ramai.








Beef steak special ni berharga RM12.90, ada daging disiram kuah black pepper dan spaghetti. Fuhhh sedap oooooo harga makanan kat sini dalam lingkungan RM8 - 15 saja. Tapi rasa dan penampilan tahap 5 bintang....mmg superb!

Ni chicken chop.... portion ni banyak gak. Untuk yang tak kuat makan, bawak kawan bersama ye, boleh kongsi. Kalau sesapa yang tak suka western, tempat ni ada gak jual nasi dan asam pedas (set). Pelbagai jenis asam pedas ada di sini, tepuk dada, tanya selera..... (tapi asam pedas kat sini betul-betul pedas tau). Set asam pedas berharga dari RM12 - RM16, termasuk segelas air sirap selasih.
Kalau korang nak makan istimewa dengan harga bajet, sila ke restoran ni. Aku pi makan sebulan sekali atau dua kali saja sebab jauh dari rumah.

Alamat :
Fiske Steakhouse, No. K4, Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat. Call Nur Azlina Ahmad (017-3742109) untuk tempahan jamuan.

GPS:
3°10'37"N 101°45'10"E

2 comments:

  1. buat sahabatku....dok pi jalan2 cari makan dah dekat ngan rumah aku tu..jomlah jalan2 mai rumah aku....

    ReplyDelete