Mungkin catatan ini dapat ku susun menjadi memori yang tersebar di dunia maya...
untuk ditatapi di antara liku-liku dan rekahan ingatan...
untuk diharungi di antara indah dan pedihnya pengalaman.

"holidaying is not only about the destination, but the lovely and memorable journey"



Thursday, February 10, 2011

Persediaan ke Beijing

Percutian aku kali ni sangat best. Bercuti di musim sejuk. Kali ni aku bersama kawan-kawan ke Beijing, China. Macam biasa.... kami tetap setia dengan Air Asia hihihihi. Beli flight tiket je, ground package kami beli berasingan. Kali ni sengaja kami pilih musim sejuk sebab tak pernah rasa salji kat Malaysia. Kalau ada pun, salji kat Genting Snow World dan Mines Wonderland je hehehe.

Kami beli tiket ni 8 bulan lebih awal untuk dapat harga promo RM620 seorang untuk pergi dan balik. Harga ground package pulak kami dapat dengan RM1000 seorang untuk 8 hari 7 malam. Murah kan? Harga ni untuk special tour tau, 1 transport, 1 driver dan 1 tour guide untuk layan kami berlima je, bukan kongsi dengan orang lain. Di Beijing nanti kami akan stay kat Dong Fang International Hotel di Wangfujing Street, betul-betul di pusat bandar. Kalau korang berminat nak amik pakej sama cam kami, aku leh rekemen travel agency ni kat korang, emel kat aku ok?

Masa mula-mula beli tiket dulu, macam-macam komen dan pendapat yang aku dengar tentang Beijing ni. Rasa suspen gak sementara menunggu tibanya hari berkenaan. Hari demi hari berlalu dengan cepat. Segala komen dan pendapat orang tentang negara China buat aku lebih bimbang. Mana tidaknya... lebih banyak aku baca blog dan website, lebih banyak lak komen negatif tentang Beijing. Toilet kotor, udara banyak habuk, peniaga bagi duit palsu, makanan tak sedap, barang belian rosak dan macam-macam lagi. Pendek kata... memang menakutkan! (tapi panjang tak kata tau).

Memandangkan percutian kali ni di musim sejuk, aku buat research (chewah!) selama 3 bulan sebelum tarikh bercuti. Macam-macam maklumat yang aku dapat. Bermula dari latar belakang Beijing dan tempat-tempat yang nak dilawati..... hinggalah ke maklumat losyen pelembab kulit yang sesuai untuk musim ni. Maklumat yang aku ada boleh buat buku panduan tau hehehehehe
Sebelum tiba hari yang dinanti, aku dah ready dengan tiket, hotel confirmation, itinerary dan contact person kat sana. Salinan pasport pun dah siap tinggalkan satu copy kat cousin di sini, mana la tau kot-kot dah sampai Beijing nanti tiba-tiba kena rompak dan pasport hilang, at least aku bleh dapatkan salinan dari Malaysia.

Persiapan aku untuk 8 hari percutian musim sejuk adalah seperti berikut:
  1. Influenza vaccination (RM60 je kat klinik biasa)
  2. Olive Oil - brand Ginvera (kalau dah ada olive oil, tak perlu body lotion lagi)
  3. Body lotion - brand Vaseline (utk musim sejuk)
  4. Lip Balm
  5. Vicks (yang sedut melalui hidung tu)
  6. Panadol/Pain killer/ubat gastrik
  7. Minyak gamat botol kecil
  8. Plaster
  9. Koyok panas - untuk sakit urat tu
  10. Balm CNI
  11. Winter jacket - 1 helai
  12. Long John (thermal dress) - 1 helai
  13. Stokin (wool) - 2 pasang - untuk elak sejuk
  14. Stokin (acrylic) - 4 pasang - untuk elak kaki lembab dan berpeluh
  15. T-shirt lengan panjang - 2 helai
  16. Sweater - 1 helai
  17. Jeans - 2 helai
  18. Hiking shoes - 1 pasang

3 comments:

  1. banyaknya nak kena prepare? mesti kah bawak benda2 tu semua?

    ReplyDelete
  2. tak semestinya...ikut keadaan. kalau musim sejuk, perlu ada brg2 ni semua, tp kalau musim lain, bawak ikut kesesuaian.

    ReplyDelete
  3. Sis..leh x bagi contact no. travel agency tu..

    ReplyDelete