06 June 2010

2009 : Colmar Tropicale

28 - 29 Disember 2009

Program Retreat SPAN 2010 diadakan di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang. Ini merupakan program retreat tahunan kali kedua SPAN, melibatkan semua pegawai tertinggi (Ketua Bahagian/Pengarah/Pengarah Eksekutif/CEO). Aku pulak dipilih sebagai sekretariat kali ini.

Rekabentuk bangunan ala inggeris ni memang cantik. Rasa cam berada di negara omputeh. Tapi kalau bukan hari minggu, tempat ni sunyi sket.... nampak misteri jek heeeeeee

Selepas saja pendaftaran, kami dibenarkan check-in di bilik masing-masing. Program pertama petang ni dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Sebelum ke padang, kami berposing dulu di depan Colmar. Gambar dari kiri..... Pn Noorhaslina, Aku, Pn Nurul dan Pn Izan.
Aktiviti sukan telah bermula. Aku pun turut serta dalam game jalan atas karpet kecik ni.

Pengarah SPAN Wilayah Tengah diangkat dua wanita....langsung tak jejak kaki di tanah hihihihihi


Lepas bersukan, kami berjalan di kawasan sekitar... bergambar bersama. Program seterusnya akan bermula lepas maghrib nanti.... so ada masa nak lepak dan bergambar.


Bersama Pn Rozina....Ketua Bhg. Perlesenan dan Tarif.






Dari kiri....Pn Izan, Aku, Pn Noor, En Rozian, Pn Nurul, Pn Rozina dan Pn Haya.


Tangga ni menuju ke kolam ikan dan angsa. Kat belakang kami tu adalah pokok anggur yang ditanam kat Colmar.


Time ni kawasan sekitar Colmar dah dipasang canopy transparent ni untuk sambutan Christmas nanti.




Majlis makan malam BBQ di malam kedua Retreat. Gambar ni diambil ketika menyambut kedatangan Y.Bhg. Tan Sri Pengerusi SPAN.


Gambar dari kiri...Y.Bhg. Tan Sri Zaini, Pengerusi SPAN, di tengah (berdiri) ialah En. Nasir, Pengarah SPAN Wilayah Timur dan sebelah kanan ialah Y.Bhg. Dato' Teo, CEO SPAN.


Malam kedua di Colmar, ada persembahan tarian dari penari-penari hotel, rasanya bersempena sambutan Christmas nanti. Kebetulan pulak, pentas persembahan ni di bawah bilik aku.... memang tak lena tido la.... asyik dengar lagu gelek.


Hari terakhir program. Gambar kenangan bersama semua pegawai kanan SPAN yang turut serta dalam Retreat 2010. Semoga SPAN akan terus sukses!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment